Sunday, January 24, 2010

Manusia...makhluk yang sangat istimewa...

Manusia pastinya mengakui bahawa mereka merupakan makhluk yang istimewa berbanding makhluk lain yang diciptakan Tuhan...

Masyarakat Islam pula maklum bahawa manusia yang diciptakan daripada tanah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini dan ia terzahir menerusi kewujudan Nabi Adam sebagai manusia pertama yang diciptakan Allah...

Satu kelebihan yang nyata dimiliki manusia ialah akal dan fikiran yang dianugerahkan, walaupun makhluk lain juga setiapnya mempunyai otak atau pusat pemikiran....

Namun terdetik juga dihati...kenapa manusia yang dianugerahkan dengan anugerah sedemikian rupa adalah makhluk yang sama merosakkan apa yang mereka miliki?...

Jika ditanya, mungkin 3 perempat daripada manusia akan menafikan bahawa mereka merupakan pemusnah terhadap apa yang diberikan kepada mereka selama ini....ini kerana, mereka juga akan menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berusaha ke arah pembangunan sejagat dan ianya dimulakan semenjak nenek moyang mereka wujud lagi....

Cuma sedar atau tidak, apa yang dilakukan manusia juga sebenarnya secara tidak langsung telah menjurus kepada kehancuran...

Lihat sahaja contoh terdekat...iaitu kemusnahan alam...jika benar manusia mampu menciptakan pelbagai jenis teknologi yang "berkemampuan tinggi", kenapa bumi ini semakin hari semakin panas...kenapa juga semakin hari dunia ini dilonggokkan dengan timbunan sampah yang jika dihitung melebihi ketinggian sesebuah bangunan dan mungkin juga sampah yang sampah yang sama membentuk sebuah lagi negara yang setidak-tidaknya sama luas dengan negara Singapura?....

Manusia secara lumrahnya merupakan "pelupa" dan mungkin juga atas sebab itu, mereka terlupa mengenai amanah yang diberikan Pencipta mereka....

Jika benar manusia dicipta untuk menjadi seorang khalifah, kenapa semakin hari kita kerap mendengar mengenai pertelingkahan yang dimula dan diakhiri manusia itu sendiri...contoh paling dekat pastinya peperangan yang kadang-kadang tidak logik untuk berlaku...

Bercakap mengenai puncanya, mungkin ketamakan adalah satu punca jelas...cuma persoalannya, tamak untuk jadi apa?...

Ada manusia yang terus menerus tamak untuk menjadi bertambah kaya...ada negara yang terus tamak mengaut keuntungan hanya mahu menunjukkan bahawa mereka adalah kuasa yang tidak mampu dicabar mana-mana manusia lain didunia ini....cuma dalam masa yang sama, ada pihak yang berkata, "semua ini dilakukan demi kebaikan manusia sejagat"....

Agak menjengkelkan bila kita semua berdepan dengan situasi atau senario ini....dalam erti kata lain, manusia sebenarnya bukanlah makhluk yang "man of his word"....atau "cakap tak serupa bikin"...

manusia melabelkan diri mereka sebagai makhluk terhebat ciptaan Yang Maha Esa...tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak mampu memperbetulkan semula apa yang telah mereka lakukan walaupun setiap yang berlaku mungkin juga dmulakan oelh mereka sendiri...

Tetapi itu lah manusia....walau hebat macam manapun, walau cerdik macam manapun, ia tetap satu makhluk yang tidak mampu mengatasi kekuasaan Maha Agung....

Namun manusia sebenarnya harus berbangga kerana, walaupun manusia hanyalah makhluk yang kerdil jika dibandingkan dengan ciptaan Maha Esa yang lain, namun Pencipta kita tetap mengakui bahawa manusia merupakan ciptaan terhebat yang pernah disaksikan di dunia ini...

Namun...ciptaan terhebat itu jugalah yang sebenarnya yang lalai dengan amanah yang diberikan....

No comments:

Post a Comment