Wednesday, January 27, 2010

Tak semua yang lama tak elok...

Saya merupakan pendengar setia Sinar FM yang banyak memutarkan lagu retro yang kebanyakannya boleh dianggap sebagai evergreen atau malar segar....

Mungkin pada orang muda atau remaja, ia dianggap sebagai klise kerana "memiliki" sesuatu yang lama itu dianggap sebagai klasik dan ketinggalan zaman..

Namun selepas sekian lama dan selepas saya membandingkan lagu zaman sekarang, saya sebenarnya harus tabik spring dengan lagu retro ini...

Sebabnya, lagu-lagu retro ini masih "sedap" didengar walaupun ada diantara lagu tersebut telahpun berusia lebih separuh abad malahan ada penyanyi yang telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini...

Bukanlah saya mahu menidakkan keupayaan lagu masa kini yang dianggap sebagai trend atau arus semasa tetapi saya merasakan lagu masa kini masih kurang "ummpph"...

Mungkin ada yang tidak setuju dengan saya tetapi kenyataan saya ini mungkin dapat dibuktikan dengan kepupusan dan ketandusan yang melanda dunia muzik Malaysia yang pernah mengecapi zaman kegemilangannya sebelum ini...

Kalau ada lagu baru sekalipun, belum tentu ia mampu menjadi evergreen seperti mana yang dialami lagu retro....

Bila saya melihat senario ini, barulah saya teringat dengan kata-kata Kassim Masdor, penggubah lagu sezaman Allahyarham P. Ramlee dimana beliau mengatakan bahawa lagu dahulu "mempunyai roh"...yang mana beliau sendiri mengambil kata-kata tersebut daripada sifunya sendiri, P.Ramlee...

Jadi, itu sebenarnya kata kunci yang dicari penggubah lagu zaman sekarang...iaitu pastikan lagu anda "mempunyai roh"...jika tidak lagu yang dihasilkan tidak mempunyai apa-apa makna melainkan sekadar tangkap muat sahaja..

Ingat..."lagu dan irama tidak boleh dipisahkan..jika terpisah, pincanglah ia"...

2 comments:

  1. walaupun sedikit,namun masih ada golongan remaja yang meminati muzik sedemikian.
    mengambil diri sendiri sebagai contoh, saya adalah penggemar lagu-lagu oldies dan peminat tegar the beatles :)
    berjiwa klasik itu pada saya tidak salah malah ia unik.kebanyakan lagu-lagu klasik membawa maksud yang mendalam dan memberi ketenangan, kerana itu ianya tak lapuk dek zaman.

    ReplyDelete
  2. tanpa yang lama, tiada yang baru...

    ReplyDelete