Sunday, January 31, 2010

Program realiti melambak, tetapi mana pergi artisnya?

Ketika posting ini dibuat, saya sebenarnya baru sahaja pulang dari menikmati makan malam bersama keluarga saya di Bandar Baru Selayang...

Kedai tempat kami menikmati makan malam memilih TV3 sebagai saluran pilihan kedainya yang dilengkapi dengan kemudahan tv satelit berbayar, Astro...

"Barulah" saya tahu pada malam tadi, TV3 mengadakan program MyStarz LG yang telahpun memasuki peringkat akhir dan pastinya juara pertandingan tersebut tidak saya ketahui memandangkan saya tidak mengikutinya hingga ke debaran pengumuman sang juara...

Namun apa yang bermain dibenak saya, kenapa program yang digelar "program realiti" khususnya yang membabitkan program nyanyian terus menjadi modal sesetengah stesen TV?...

Bukanlah saya hendak menidakkan trend atau pilihan penonton, tetapi rasanya kewujudan program realiti seperti ini tidak banyak mendatangkan kebaikan yang ketara kepada industri hiburan...

Memang benar program seperti ini memberi peluang kepada "artis wannabe" kita untuk mencuba nasib tapi rasanya muncul juara sekalipun belum tentu membawa seseorang peserta itu kemana-mana...

Seingat saya, Akademi Fantasia yang bakal memasuki musim ke 8 (jika masih diteruskan) merupakan antara program realiti TV yang terawal menimbulkan fenomena dikalangan penonton...

Tetapi persoalannya kini, dimanakah peserta-peserta yang sebelum ini seakan begitu gah menunjukkan bakat masing-masing bak seorang artis berpengalaman?...

Bayangkan, AF telah dilangsungkan sebanyak 7 musim dan secara matematiknya, jika setiap musim menyaksikan 12 penyertaan, maknanya AF telah disertai 84 peserta...namun hanya beberapa nama sahaja yang kekal diingati (khususnya si juara) manakala hanya sebahagiannya pula yang "bernasib baik" memiliki album sendiri...

Dikalangan semua juara pula, hanya Mawi yang terus dikenali walaupun kini popularitinya dikatakan menuju kejatuhan...

Walaupun terdapat beberapa juara lain atau yang menduduki 3 tangga teratas AF yang dikenali sama ada menerusi keupayaan dalam beberapa pertandingan lain seperti Juara Lagu, tidak banyak yang didengar daripada peserta lain setelah pertandingan tersebut dilalui...

Dan itu baru dikira menerusi AF, belum lagi pertandingan lain yang serupa seperti Mystarz LG, Mentor, Audition NTV7 yang mana jika dihitung, jumlahnya melebihi 100 peserta keseluruhan...

Agak menyedihkan, kita telah "menghasilkan" ramai "penyanyi segera" tetapi kita sendiri gagal melihat kelahiran lebih banyak album yang benar-benar berkualiti...kalau ada sekalipun hanyalah album berbentuk single yang hanya memuatkan antara 3 hingga 6 lagu sahaja...

Bila negara ini dibanjiri dengan lagu dari seberang khususnya Indonesia, tahu pula untuk penggiat seni kita melatah tetapi dalam masa yang sama langsung gagal menyumbang sesuatu kepada industri hiburan kita yang semakin hari sudah hilang identitinya...

Seharusnya, "ancaman" yang saya anggap positif dari negara seberang ini dijadikan azam untuk penggubah atau penyanyi kita sendiri membuktikan sesuatu tetapi nampaknya ia bukanlah yang mampu terjadi ketika ini...

Cuma saya harapkan, jangan satu hari nanti, kita tidak mempunyai album lagu "made in Malaysia" dan kalau ada sekalipun, hanyalah lagu kompilasi artis lama yang mungkin pada ketika itu telah lama meninggalkan industri hiburan tanah air...

3 comments:

  1. Salam,
    Apabila melihat akan entri ini, segera tangan ini menjadi gatal utk memberi komen. Secara jujurnya, saya bukanlah 'pengikut setia' program sebegini sehingga sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata utk mengundi. Terlalu byknya program sebegini telah menyebabkan kita naik muak. Lebih-lebih lagi program realiti berbentuk nyanyian. Kenapalah kita terlalu mengagung-agungkan program-program sebegini? Nak kata bakal menjamin masa depan yg cerah, berapa ramaikah antara kita yg tahu siapakah juara bagi program realiti Audition ntv7? Berapa ramaikah yg tahu siapakah juara bagi program realiti Rentak Juara? Entah-entah, ada yg tak tahu akan wujudnya program-program ini. Sudah terang lagi bersuluh program sebegini dianjurkan bagi mengaut keuntungan semata-mata. Yang menjadi mangsa ialah kita sendiri. Pihak-pihak yg bertanggungjawab perlulah sedar apa yg mereka inginkan dlm menganjurkan program-program sebegini. Kuantiti ataupun kualiti?

    ReplyDelete
  2. majority kejar keuntungan semata tanpa memikirkan kualiti... lahirkan ramai artis tanpa kualiti, hanya bersandarkan populariti semata...

    ReplyDelete
  3. mee segara,pastilah kualitinya tidak sama dengan mee goreng mamak.

    ReplyDelete