Monday, February 15, 2010

Tak semua manusia berakal waras...

Diawal posting dalam blog ini, saya mengaitkan manusia sebagai ciptaan Allah yang terbaik daripada semua ciptaanNya...

Namun apa yang berlaku sejak kebelakangan ini seakan tidak mencerminkan sama sekali unsur terbaik yang harus ada dalam diri setiap manusia...

Itulah yang tergambar dalam beberapa kejadian buang bayi yang berleluasa baru-baru ini seakan menunjukkan kepada kita semua bahawa buang bayi telah menjadi satu amalan yang tidak lagi menjadi pertimbangan akal bahawa bayi yang dibuang itu juga merupakan makhluk yang diciptakan Allah...

Saya tidak mahu mengaitkan kejadian2 tersebut dengan ketelanjuran pasangan hingga menyebabkan lahirnya anak luar nikah...tetapi saya merasa geram dengan sikap (dan sifat) kebinatangan yang ada hingga menyebabkan bayi yang tidak mampu melawan itu dibuang hingga sedemikian rupa....

Daripada yang dibuang kedalam semak samun hinggalah yang dibakar (sama ada sengaja atau tidak) semuanya membuatkan jiwa kita runtun mendengar atau membaca setiap kisahnya....

Bila melihat kejadian ini, saya seakan mahu menarik semula kenyataan saya sebelum ini bahawa "manusia merupakan makhluk yang istimewa"...ini kerana jika benar manusia itu makhluk yang cukup istimewa, mengapa mesti satu jiwa yang tidak berdosa dibuang manusia lain yang mempunyai akal?....

Namun sedarlah saya bahawa inilah dunia yang semakin celaru walaupun Allah telah kurniakan kita semua dengan akal fikiran agar menjadikan dunia ini satu tempat terbaik untuk kita semua....

Saya bukanlah orang terbaik untuk menyingkap kejadian ini dalam aspek agama, tetapi agama mana sekalipun bersetuju bahawa tindakan menidakkan hak makhluk yang lain khususnya dalam menikmati hidup ini merupakan tindakan yang zalim...

Saya harap kepada semua pembuang bayi ini fikirkanlah....mungkin buat masa ini anda terlepas daripada sebarang tindakan atau penguatkuasaan...tetapi masih terdapat "penguatkuasaan" yang sedang menanti anda....

Sebelum itu, fikirkanlah....bayangkan jika anda dibuang kedalam tong sampah, ditambah pula dibakar hidup-hidup...agak2 sakit tak?

1 comment:

  1. manusia mmg makhluk yg istimewa kerana dikurniakan akal namun yg menjadikan manusia sebaris dgn makhluk yg tidak b'akal apabila tidak mahu menggunakan akal sebaik2nya...sesungguhnya, yg sedemikian itu adalah satu kerugian... setiap perkara yg kita lakukan, ada balasan yg menanti...wallahualam...

    ReplyDelete